Saturday, May 9, 2009

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT

1.Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
2.Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".
3.Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
4.Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
5.Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
6.Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
7.Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
8.Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
9.Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
10.Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi
11.Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
12.Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..
13.Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.


GAYA PEMAKANAN SIHAT

CARA ?

Amalkan makan satu sudu madu Lebah pada waktu malam sebelum tidur, diikuti dengan beberapa teguk air masak . Pada awal pagi pula (tidak kurang dari setengah jam sebelum bersarapan, amalkanlah memakan sebiji buah kurma segar.
MENGAPA MADU DAN KURMA ?
MADU LEBAH mempunyai berbagai-bagai khasiat. Sabda Nabi s.a.w:
"Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."
"Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan".

BUAH KURMA pula mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis kerana kandungannya seperti zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Sumber tenaga kerana mengandungi glukosa yang merupakan unsur gula dalam darah. Kurma merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. Membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membantu membentuk minda yang sihat. Kesimpulannya, Madu Lebah amat berkesan dari segi pencegahan, manakala Buah Kurma amat penting bagi pertumbuhan dan peningkatan kesihatan

MENGAPA?
Gaya atau amalan pemakanan seharian sejak kita bangun tidur hingga masuk tidur merupakan penentu utama tahap kesihatan kita untuk hari-hari seterusnya. Jika pengambilan setiap makanan/minuman dilakukan dengan tidak berhati-hati, risiko pengumpulan bahan-bahan pengumpulan bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti lemak, kolestrol, kimia, toksik, racun, kafein, dadah dan lain-lain dalam sistem dalaman tubuh adalah tinggi.
Segala bahan inilah yang akan menjadi penyebab berbagai masalah kesihatan mahupun penyakit kronik seperti barah, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, kegemukan dan lain-lain. Amalan makan madu lebah sebelum tidur adalah adalah satu cara terbaik untuk mengimbangi atau menangani masalah tersebut.

Bahan-bahan aktif yang terdapat dalam madu lebah akan melakukan kerja-kerja penyingkiran toksik, bahan kimia, racun, menghancurkan lemak dan kolestrol, meredakan ketegangan saraf dan memperkayakan kandungan vitamin dan zat dalam tubuh, semasa kita tidur. Pada waktu pagi, sebelum menjamah sebarang jenis makanan, daya serap semua sel dan saraf dalam tubuh berada pada tahap yang tinggi.

Keadaan ini menyebabkan kandungan vitamin, glukosa semulajadi dan zat yang terdapat dalam buah kurma dapat diserap oleh sistem tubuh secara maksima. Ini memberi kesan yang amat besar dalam daya tahan dan tahap kesihatan seseorang yang mengamalkannya. Dengan rutin yang tetap gaya pemakanan tersebut, insyaAllah selepas beberapa bulan selepas mengamalkannya akan berlakulah berbagai perubahan, melibatkan peningkatan kesihatan dan penyembuhan penyakit secara cepat dan berkesan.

BAGAIMANA ?
Amalkan memakan Madu Lebah Asli pada waktu malam sebelum tidur dan memakan Buah Kurma Segar pada awal pagi selepas bangun tidur.


Khasiat Madu Lebah Asli
Madu digunakan dalam perubatan tradisional seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi.
Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungi bahan mineral serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
Madu merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, bahan kimia, racun, kolestrol serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
Madu boleh menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, mencerdaskan otak, melancarkan darah, meredakan urat saraf, melawaskan sistem pembuangan,menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan kanser .
Madu juga meningkatkan keupayaan tenaga batin, melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus, meningkatkan daya ketahanan badan.
Madu juga baik oleh wanita mengandung (bulan ke-6 dan ke atas) serta selepas 20 hari bersalin.

Khasiat Buah Kurma Segar

Kandungan anti oksidan di dalam kurma adalah dua kali ganda berbanding kismis, aprikot kering dan blueberry.
Kurma memberi tenaga serta-merta menerusi kandungan gulanya sebanyak 50 hingga 57 peratus glukosa. Orang berpuasa yang berbuka dengan kurma akan berasa segar dan bertenaga dan dapat beramal tanpa rasa letih atau mengantuk.
Potasium yang diperlukan oleh tubuh badan untuk sistem saraf terkandung di dalam kurma. Potasium jika diambil berlebihan tidak memudaratkan tubuh badan, sebaliknya sangat baik untuk mengatasi masalah seperti sembelit, lemah otot, letih, stres, sengal-sengal badan dan untuk menguatkan daya ingatan.
Sekiranya dimakan tanpa membuang kulitnya, kurma dikatakan dapat melawaskan pembuangan najis dan mencegah daripada masalah barah usus.
Kurma juga sesuai untuk dimakan oleh wanita yang kekurangan susu badan kerana kandungan zat besi dan kalsium di dalam kurma dapat menambahkan air susu.
Kurma turut membantu dalam tumbesaran kanak-kanak yang berperanan dalam pembentukan darah dan sumsum tulang.
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus dan dijadikan serbuk seperti teh. Serbuk ini kemudian direndam dan diminum untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kurma juga digunakan dalam kaedah perawatan sufi.

Rawatan Alternatif No: 1 di Malaysia

Tip-tip Kesihatan

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala

Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)



TEKANAN DARAH TINGGI ( HIPERTENSI )
Fakta : Tinjauan Nasional & Morbiditi Malaysia (1996) - Sun, Selasa Mac 6hb
2001
- 33% orang dewasa
- 2.6 juta berumur 30 thn
- 90% boleh dikawal dgn diet, makanan tambahan, mengubah gaya hidup

Sebab :
- 85 - 90% faktor keturunan
- 40% faktor ahli keluarga terdekat
- 23% garam berlebihan

BAGAIMANA TEKANAN DARAH TINGGI DITAKRIFKAN

KATEGORI SISTOLOK/DIASTOLIK PENGESYORAN

Normal Kurang dpd. 130/85 Periksa semula dlm masa 2 thn

Normal Tinggi
130-139 / 85-89 Periksa semula dlm masa 1 thn; ubag gaya hidup

Hipertensi Peringkat 1
140-159 / 90-99 Sahkan dlm 2 bln; ubah gaya hidup

Peringkat 2
160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa sebulan

Peringkat 3
180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa seminggu

Peringkat 4
210 / 120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera

GEJALA-GEJALA YG BIASA
1. Mengalami pitam
2. Penglihatan kabur
3. Berasa Teganag tanpa sebarang sebab (stress)
4. Muka menjadi kemerahan
5. Hidung berdarah secara spontan
6. Sakit Kepala waktu pagi
7. Telinga Berdegung / berdesing
8. Perasaan gundah tanpa sebarang sebab @ emosi tak stabil
9. Gayat tanpa sebab

TANDA AMARAN KRONIK

Serangan Iskemia Sementara (TIA)
* "Strok kecil" yg datang sekejap shj dan buat sementara waktu mengurangkan bekalan darah ke bahagian otak.
* Dalam masa 5 thn, 35% akan mengalami strok sebenar.
* Sebab: Gumpalan kecil ke saluran arteri - separuh tersumbat - bekalan ke otak tidak mencukupi.
* Kawal tekanan darah; 130-139 / 85-89 meningkatkan risiko strok 50%.
* Gejala; lemah badan, rasa berdenyut, kebas tangan / kaki - sebelah / kedua belah, masalah percakapan / penglihatan, kebingungan, vertigo, tidak seimbang, koodinasi kurang baik.



2 JENIS STROK ASAS

'Strok trombik' (serangan jantung ke otak)
* Saluran darah yg membekalkan darah ke otak menjadi sempit disebabkan oleh penimbunan plak berlemak (darah bergumpal di dalam saluran darah)
* Simptom; badan lemah, lumpuh, pertuturan tergangu, koma berpanjangan. 'Strok Berdarah'
* Pendarahan di otak akibat kepecahan anerisme
* (Tiub lemah - membonjol keluar - udara ditingkatkan - mengelembung - pecah)
* Simptom; darah tinggi, punca ke 3 kematian adalah strok selepas penyakit jantung dan kanser.

AMALAN DIET
1. Elakkan garam - kreatifkan dgn menukar herba / rempah ratus.
2. Jangan makan daging proses: Hot Dog, burger, bebola daging...
3. Jangan makan sayur dalam tin.
4. Elak makanan bergoreng, kuli ayam, lemak daging, makanan segera.
5. Hadkan Kafein: kopi, rokok...
6. Jauhi bahan pengawet, pewarna, perasa.
7. Awas lemak tersembunyi: santan dlm kari, nasi lemak, rot canai...

MAKANAN UNTUK DARAH TINGGI
1. Buah-buahan, sayuran, susu rendah lemak.
2. Diet kurang daging merah, ayam tiada kulit...
3. Kekacang, soya, dal dan dll...
4. Makanan tinggi kalium; kacang soya, ikan, ubi kentang, pisang
5. Kunyah daun saderi, banyakkan bawang putih/merah
6. Makanan tinggi kalsium, ikan salmon, sayur hijau berdaun (rokoli, kubis...)
7. Cara masakan rebus, kukus, pamggang, sekali kala goring.

UBAH GAYA HIDUP
* Pil perancang
* Rokok
* Alkohol
* Ketegangan (Stress)
* Amalkan Senaman



Perut punca segala penyakit
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)

Al-Ma'idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.

6 punca penyebab penyakit dari perut:-

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak
(menggosok gigi)." (Riwayat Ibnu Majah)

6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.

Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat." (Riwayat Abu Hurairah)

Pengenalan

Kesihatan adalah anugerah Allah yang diberikan oleh manusia.Setiap manusia perlu beringat sihat sebelum sakit.Muda sebelum tua....Penjagaan kesihatan adalah sangat penting bagi kita sebagai manusia.Jaga makan minum.Jaga alam sekitar dan segalanya.Blog ini akan menerangkan pelbagai tip-tip kesihatan yang akan menjadi panduan kepada kita semua.